INFRASEL SDN BHD ingin mempelawa semua kontraktor tempatan di Negeri
Selangor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia (CIDB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) untuk
mendaftarkan syarikat di laman sesawang INFRASEL untuk kerja-kerja
penyelenggaraan jalan.
Syarat-syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:
Berdaftar secara sah dengan INFRASEL
Mempunyai pendaftaran syarikat yang sah dan masih aktif dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Mempunyai perakuan pendaftaran yang sah dan masih aktif dengan Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
Mempunyai perakuan pendaftaran dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri
(UPEN).
Mempunyai kekuatan kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan
projek:
No.
Gred Kontraktor
Baki Akhir Penyata Bank
1.
G2 – G3
Melebihi RM100,000.00
2.
G4 ke atas
Melebihi RM200,000.00
Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang penyelenggaraan jalan sekurang
kurangnya dalam tempoh tiga (3) tahun terakhir.
Pendaftaran Syarikat boleh dibuat melalui laman sesawang infrasel.com.my dan
klik pada bahagian “DAFTAR KONTRAKTOR”.
Lengkapkan maklumat syarikat seperti yang dinyatakan di dalam laman sesawang
dan memuat naik dokumen yang diperlukan seperti berikut;
Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
Perakuan Pendaftaran Kontraktor oleh CIDB;
Sijil Pendaftaran UPEN;
Profail Syarikat serta maklumat pejabat syarikat dan alamat;
Pengalaman Syarikat serta surat setuju terima (SST) projek dalam masa 3
tahun terkini;
Penyata Kewangan Terkini (6 bulan terakhir); dan
Pegawai bertanggungjawab (PIC) bersama dengan no. Telefon untuk
dihubungi dan email syarikat.
Bagi syarikat yang layak dan melepasi kriteria di atas akan dipanggil untuk proses
temuduga peringkat seterusnya.
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 31 Julai 2026.
Proses undian akan dilaksana secara berperingkat dan berkumpulan bagi peserta
peserta yang layak berdasarkan maklumat profil dan temuduga. Peserta akan
dimaklumkan melalui emel sebelum proses undian dilaksanakan.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila emel ke contract@infrasel.com.my