TENDER

 


IKLAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR INFRASEL SDN BHD
  1. INFRASEL SDN BHD ingin mempelawa semua kontraktor tempatan di Negeri Selangor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) untuk mendaftarkan syarikat di laman sesawang INFRASEL untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan

  2. Syarat-syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:
    1. Berdaftar dengan CIDB dan UPEN di dalam Negeri Selangor;
    2. Gred CIDB G2 ke atas;
    3. Mempunyai pengalaman kerja-kerja turapan jalan, longkang, cerun dan kerja-kerja yang berkenaan dalam tempoh sekurangnya 3 tahun terkini; dan
    4. Mempunyai kekuatan kewangan minima RM 100,000.00 bagi gred G2-G3 dan RM200,000.00 bagi G4 ke atas berdasarkan penyata bank 6 bulan terkini.

  3. Pendaftaran Syarikat boleh dibuat melalui laman sesawang infrasel.com.my dan klik pada bahagian “DAFTAR KONTRAKTOR”.
  4. Lengkapkan maklumat syarikat seperti yang dinyatakan di dalam laman sesawang dan memuat naik dokumen yang diperlukan seperti berikut;
    1. Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
    2. Perakuan Pendaftaran Kontraktor oleh CIDB;
    3. Sijil Pendaftaran UPEN;
    4. Profail Syarikat serta maklumat pejabat syarikat dan alamat;
    5. Pengalaman Syarikat serta surat setuju terima (SST) projek dalam masa 3 tahun terkini;
    6. Penyata Kewangan Terkini (6 bulan terakhir); dan
    7. Pegawai bertanggungjawab (PIC) bersama dengan no. Telefon untuk dihubungi dan email syarikat.

  5. Bagi syarikat yang layak dan melepasi kriteria di atas akan dipanggil untuk proses temuduga peringkat seterusnya.

  6. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 31 Mei 2026.

  7. Proses undian akan dilaksana secara berperingkat dan berkumpulan bagi peserta-peserta yang layak berdasarkan maklumat profil dan temuduga. Peserta akan dimaklumkan melalui emel sebelum proses undian dilaksanakan.

  8. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, emel ke cp_infrasel@semesta.com.my