TENDER

 


KERJA - KERJA PENYELENGGARAAN RUTIN BAGI KONTRAK JANGKA PANJANG PENYELENGGARAAN JALAN DI NEGERI SELANGOR (2026 - 2031)
  1. INFRASEL SDN BHD (ISB) ingin mempelawa kepada semua kontraktor tempatan di Negeri Selangor (Gred G1 - G2) yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan ndustri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk memberikan sebutharga bagi Kerja-kerja Penyelenggaraan Jalan khusus bagi skop kerja berikut:

  2. PAKEJ KETERANGAN DOKUMEN
    Pakej 1
    1. Kerja-kerja tampalan lubang jalan.
    📄.PDF
    Pakej 2
    1. Kerja-kerja mengisi dan meratakan permukaan bahu jalan yang mendap atau rosak.
    📄.PDF
    Pakej 3
    1. Kerja-kerja pemotongan rumput.
    2. Kerja-kerja pembersihan dan pembaikan kecil pembentung, jejantas dan jambatan.
    3. Kerja-kerja pembersihan longkang.
    4. Kerja-kerja pembersihan jalan.
    📄.PDF
    Pakej 4
    1. Kerja-kerja pembersihan dan pembaikan kecil perabut jalan seperti papan tanda, guard rail, road kerb, parapet wall dan lain-lain.
    📄.PDF
    Hanya kontraktor yang berdaftar dengan ISB dan UPEN Selangor serta berpengalaman SAHAJA, LAYAK untuk dipertimbangkan untuk turut serta dalam tawaran kerja yang berkenaan.

  3. Borang tawaran SEBUTHARGA boleh dimuat turun di laman sesawang: https://infrasel.com.my/web/
  4. TARIKH MUAT TURUN BORANG : 24.12.2025 JAM 8.30 PAGI sehingga 26.12.2025 JAM 12.30 T/HARI TARIKH TUTUP (PENGHANTARAN BORANG) : 26.12.2025 JAM 5.00 PTG Penghantaran borang hendaklah dibuat secara dalam talian di emel berikut : cp_infrasel@semesta.com.my

  5. Pemohon perlu menyatakan pakej kerja yang dimohon.

  6. Kontraktor WAJIB berdaftar sebagai kontraktor INFRASEL dan hendaklah dibuat secara dalam talian di laman sesawang berikut : https://infrasel.com.my/web/
  7. Sila muat naik (upload) dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran atas talian di buat:
    1. SSM;
    2. Perakuan Pendaftaran Kontraktor oleh CIDB;
    3. Profail Syarikat berserta Pegawai Bertanggungjawab;
    4. Pengalaman Syarikat;
    5. Penyata Kewangan Terkini (3 bulan terakhir).

  8. Semua kontraktor juga diwajibkan supaya menamakan Nama Syarikat pada setiap dokumen yang dimuat naik (upload).

  9. Sebarang pertanyaan, perlulah diemel kepada cp_infrasel@semesta.com.my